Register Forums Web Development Selamat Datang ke Kursus Web Development PHP

  • Selamat Datang ke Kursus Web Development PHP

    Posted by iszuddin on July 2, 2022 at 2:04 pm

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Saya Iszuddin. Online course yang anda lalui di sini disampaikan oleh saya. Namun saya dibantu oleh Hanafiah dan juga Hafiz.

    Dalam Web Development, ada empat kursus. Dan boleh diambil ikut kepada kesesuaian, pengetahuan sedia ada dan pengalaman masing-masing. Empat kursus ini adalah :

    1. HTML / CSS / PHP Crash Course — kalau tak pernah buat programming atau apa-apa pun, mulakan di sini.

    2. Bootcamp PHP & Codeigniter — kalau yang dari kosong, ambil kursus HTML / CSS / PHP Crash Course dan sambung di sini. Di sini ada pengenalan untuk SQL, Git, Responsive Web dengan Bootstrap dan lain-lain. Ini sebenarnya rakaman kelas mingguan yang kita buat tak lama dulu. Dan ianya berasaskan kepada pembangunan projek mennggunakan framework Codeigniter 4.

    3. Laravel Tahap 1 — Ini merupakan kursus pengenalan kepada Laravel 8. Kalau yang ada pengalaman membangunkan aplikasi web, boleh pertimbang untuk ambil kursus ini. Namun, kursus ini lebih mirip kepada buku teks bervideo. Kita terangkan komponen dan pelbagai ciri-ciri dalam Laravel 8 yang penting untuk membina aplikasi web.

    4. Bootcamp Laravel — Seperti Kursus Bootcamp PHP & Codeigniter, ianya adalah rakaman program kursus sambilan secara online selama 4 minggu. Kita terus membina projek dengan Laravel, sebuah sistem keahlian, mengambilkira hal seperti payment gateway, deployment dan lain-lain.

    Jadi anda bebas nak mula di mana-mana.

    Dan kalau ada masalah, kita boleh bincangkan di Forum ini.

    Selamat maju jaya.

    KHAIRUL replied 3 years, 5 months ago 2 Members · 3 Replies
  • 3 Replies
  • KHAIRUL

    Member
    July 5, 2022 at 12:39 pm

    Hi. Saya dah tgk video. Tp nk tanya. Mcm mn nk cari ahli kumpulan tu. Kt discussion sini ke. Ke tempat lain

    • iszuddin

      Administrator
      July 5, 2022 at 2:46 pm

      Boleh mulakan topik di Forum.

      • KHAIRUL

        Member
        July 11, 2022 at 6:28 pm

        Forum tu di mana ya