Over 10 years we helping companies reach their financial and branding goals. Onum is a values-driven SEO agency dedicated.

LATEST NEWS
CONTACTS

Soalan Dan Jawapan
Yang Diterima

Adakah program ini percuma?

Program JomLaunch Youth 2022 adalah PERCUMA untuk anda sertai kerana ia telah ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)

Siapakah yang kayak menyertai program ini?

Semua Rakyat Malaysia TANPA HAD UMUR layak untuk menyertai JomLaunch Youth 2022.

Bagaimanakah cara program ini dijalankan dan berapa lama tempoh kursus?

Program ini dijalankan secara atas talian selama 5 bulan bermula Jun 2022 hingga Oktober 2022

Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar?

Anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran yang disediakan di laman web rasmi JomLaunch Youth 2022

Apakah hadiah pertandingan inovasi JLY 2022?

Tiga pemenang akan dipilih dari setiap kategori penyertaan. Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3000. Manakala pemenang tempat kedua akan menerima RM2000 dan tempat ketiga akan menerima RM1000. Semua peserta juga akan menerima Sijil Penyertaan dari MOSTI.

Apakah kelebihan mendapat peluang membuat presentasi projek di JomLaunch 2022?

JomLaunch 2022 adalah acara komuniti ICT terbesar di Malaysia dan telah dijalankan selama beberapa tahun. Semasa presentasi, penonton dari pelbagai latar belakang samada pelabur, wakil agensi atau syarikat berkaitan akan melihat sejauh mana projek peserta dapat memberi manfaat kepada mereka. Potensi untuk mendapat pelaburan atau projek peserta disokong oleh mereka adalah tinggi dan ini peluang yang sangat baik untuk peserta menjalin kerjasama dengan mereka.

Bagaimanakah kaedah kursus ini dilaksanakan?

JLY2022 menyediakan rakaman video pembelajaran untuk setiap kategori kursus dan ia boleh ditonton melalui laman web rasmi JomLaunch Youth 2022 mengikut kesesuaian masa peserta. Webinar akan diadakan secara langsung bersama tenaga pengajar secara berkala untuk pelajar bertanya secara terus kepada tenaga pengajar.

Adakah saya dibenarkan untuk hanya mengikuti kursus yang ditawarkan tanpa menghantar projek untuk pertandingan?

Ya, anda boleh berbuat demikian.

Adakah saya perlu mempunyai pengetahuan asas dalam topik kursus ini untuk mendaftar?

Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas dalam topik yang disediakan kerana anda akan diajar dari perkara asas hinggalah anda boleh membuat projek sendiri untuk dipertandingkan.

Adakah sijil penyertaan disediakan?

Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta yang mendaftar.

Saya adalah pelajar tahun akhir di IPT. Bolehkan saya menggunakan projek tahun akhir saya sebagai bahan untuk pertandingan dalam program ini?

Ya, anda boleh berbuat demikian.

Adakah peserta akan mendapat sokongan sepanjang mengikuti program ini?

Peserta akan dimasukkan ke dalam Group Sokongan di Telegram mengikut kategori penyertaan masing-masing. Sebarang soalan boleh diajukan di situ dan moderator JLY akan membantu.

Adakah saya boleh menyertai hanya satu kategori kursus?

Anda boleh menyertai seberapa banyak kategori kursus yang anda ingini. Tetapi, hanya projek dari salah satu kategori boleh dipertandingkan dalam pertandingan inovasi JLY 2022.