Pembangunan Aplikasi
Ahmad Farhan
Ahmad Farhan merupakan CEO/CTO di Biz Impulse Solutions Sdn. Bhd. serta seorang HRDF Certified Trainer dengan lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pembangunan laman web dan sistem. Dengan kepakaran dalam Front-End, Backend, dan Mobile development, beliau sering menjadi pengajar untuk kursus berkaitan IT kepada syarikat swasta dan agensi kerajaan. Kemahiran beliau adalah dalam menggunakan framework Flutter dan framework JavaScript seperti Angular, Svelte, dan NodeJs. Beliau terlibat dalam pembangunan aplikasi Lapasar Borong iaitu sebuah aplikasi yang mempunyai purata seramai 10K pengguna sehari dan jualan melebihi RM15 juta sebulan.
Pembantu
Tajul Raziq
Pembangun Aplikasi
Tajul Raziq merupakan seorang pemain industri yang sangat berpengalaman dalam pembangunan aplikasi untuk telefon pintar. Beliau pernah terlibat secara langsung dalam pembangunan aplikasi Feeloutdoorz dan Skellup. Beliau juga merupakan seorang graduan Politeknik Muadzam Shah dalam bidang teknologi maklumat (teknologi digital) dimana beliau telah membina sistem ‘e-wallet’ sebagai projek tahun akhir pengajian.