Internet Of Thing (IoT)
Ts. Muhammad Arif
Ts. Muhammad Arif ialah seorang ahli teknologis profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia dan merupakan Pengarah Teknikal di salah sebuah syarikat IT yang terkemuka di Malaysia. Beliau berpengalaman dalam pembangunan pelbagai sistem menggunakan Internet of Things (IoT) dan sering dijemput untuk menjadi tenaga pengajar di pelbagai institusi pengajian tinggi. Antaranya ialah Politeknik Sultan Ahmad Shah, Politeknik Ungku Omar dan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Beliau juga merupakan seorang pemegang Master in Business Administration dari Universiti Malaysia Pahang dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Teknologi MARA.
Pembantu
Siti Nurul Amirah
Internet Of Thing
Siti Nurul Amirah berpengalaman dalam pelbagai projek menggunakan Internet of Things (IoT). Antaranya ialah penciptaan sebuah sistem penghalau monyet automatik yang dilengkapi dengan kamera pengawasan dan notifikasi amaran yang dihantar menggunakan internet dan SMS. Sistem ini dibina menggunakan Arduino dan aplikasi Blynk, IFTTT serta Google Assistant dan dianugerahkan sebagai Projek Terbaik di antara 118 projek di UiTM. Beliau juga pernah menyertai pertandingan SiswaSAT dan bertanggungjawab dalam subsistem On-Board Computer. Beliau turut aktif sebagai sukarelawan pengajar IoT kepada pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pendidikan tertiari, guru-guru dan pensyarah-pensyarah.