Pembangunan Web
Khairil Iszuddin
Khairil Iszuddin adalah graduan UTM yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer pada tahun 2001. Sejak dari itu, beliau telah berkhidmat dengan beberapa majikan dan terlibat dengan pelbagai projek seperti E-Sentral.com dan Kiddocare.my sebagai CTO. Beliau juga adalah jurulatih di KelasProgramming.com. Selain dari itu, Khairil Iszuddin menganjurkan acara JOMLAUNCH setiap tahun yang menghimpun programmer dan developer tanahair.
Pembantu
Muhamad Hanafiah
Programmer Laravel
Muhamad Hanafiah merupakan pengasas kepada Okdii Solutions dan mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun dalam pembangunan sistem, linux server, pengurusan projek & pangkalan data dalam pelbagai jenis aplikasi web, mobile dan IoT. Antara kepakaran beliau adalah dalam PHP, Laravel, Yii2, CodeIgniter, HTML, Docker, MongoDb, MySql, MariaDb dan Linux Server. Beliau juga telah membangunkan aplikasi yang digunakan oleh 152 buah negara di seluruh dunia.
Hafiz Shahman
Programmer Laravel
Hafiz Shahman adalah graduan dari Politeknik Muadzam Shah dan memiliki pengalaman dalam pembangunan aplikasi web laravel, pembangunan web HTML dan CSS. Antara projek yang pernah beliau sertai ialah pembangunan aplikasi Skellup, iFoodBank, dan MyAlumni yang digunapakai oleh alumni. Kini, beliau adalah seorang pembangun aplikasi web di salah sebuah syarikat IT yang terkenal di Malaysia.